Dalam tempoh masa yang singkat ini sudah tentu murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR sudah membuat persediaan yang rapi. Ramai yang sudah mengulang kaji topik-topik dalam semua mata pelajaran malah ada juga yang menumpukan ke arah teknik menjawab soalan dengan menghadiri kelas tambahan atau bengkel khusus membincang tentang teknik menjawab soalan agar dapat menjawab dengan tepat dan mendapat markah yang maksimum.
Walau bagaimanapun murid-murid juga harus memberi perhatian terhadap kesihatan dan keselamatan diri. Kedua-dua aspek ini sama pentingnya kerana jika tidak diberi perhatian kesannya nanti akan menjejaskan proses menghadapi peperiksaan.
Cuba murid-murid bayangkan jika pada hari peperiksaan itu murid-murid mengidap sesuatu penyakit seperti demam, pening kepala, batuk, sakit perut atau menghadapi kecederaaan di anggota badan. Sudah tentulah suasana peperiksaan itu akan terjejas, perasaan juga terganggu dan prestasi diri juga akan menurun. Menyedari bahawa aspek kesihatan dan keselamatan diri ini penting maka langkah pencegahan dan perlindungan harus dilakukan agar perkara yang tidak diingini ini tidak berlaku.
• Makanan dan minuman: Makanan dan minuman harus dikawal kerana ia menjadi punca kepada penyakit. Pada masa sekarang ialah musim buah-buahan. Buah durian contohnya memanglah sedap tetapi jika dimakan berlebihan ia akan memudharatkan kesihatan. Keadaan yang panas itu akan menyebabkan kita sakit tekak, pening kepala dan demam. Oleh itu cubalah elakkan daripada memakannya secara berlebihan. Minuman berkarbonit, berais, atau makanan yang terlalu pedas, terdedah kepada habuk atau lalat mungkin akan menjejaskan sistem penghadaman kita. Ini akan mengakhibatkan keadaan perut tidak selesa atau boleh menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit kronik yang lain.
• Keselamatan diri: Persekitaran yang berjerebu, panas terik atau keadaan hujan boleh menjejaskan kesihatan seperti demam, pening kepala atau sesak nafas. Dalam hal ini murid-murid harus menghindarkan diri daripada bermain atau terdedah dengan keadaan cuaca yang dinyatakan. Anda juga harus berhati-hati dengan penularan berbagai jenis virus yang mudah dijangkiti melalui air atau udara, serangga seperti nyamuk atau makanan yang terdedah dengan kekotoran di mana ia boleh menjejas kesihatan kita. Anda juga harus menghindari aktiviti-aktiviti yang berbahaya seperti memacing ikan di tasik atau di kolam, berenang di bekas lombong atau di sungai, bermain dengan mainan bahaya seperti bermain mercun di awal bulan ramadhan, menunggang basikal di jalan raya tanpa mengikut peraturan jalan raya atau bergurau dengan rakan-rakan secara kasar. Kesemua aktiviti ini mungkin akhirnya mengundang kecelakaan.
Perkara-pekara di atas boleh mengurangkan keseronokan kita belajar. Oleh itu janganlah bertindak sedemikian rupa, seboleh-bolehnya setiap aktiviti riadhah itu ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Wujudkan suasana yang bebas dari segala ancaman penyakit atau suasana yang boleh mengurangkan daya penumpuan ke arah pembelajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment